Industri ternakan kelulut di Malaysia berpotensi mencapai anggaran jualan maksimum sebanyak RM3.03 bilion setahun sekiranya industri terbabit terus dikembangkan dan dimajukan. Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Nur Azura Sanusi berkata, jumlah itu berdasarkan anggaran pengambilan madu kelulut oleh setiap rakyat Malaysia iaitu sebanyak 330 gram dalam tempoh setahun. Ketika ini, jumlah pasaran yang sudah dicapai dalam industri kelulut negara hanya RM33.6 juta, sedangkan potensi pasaran yang boleh diteroka sebenarnya jauh lebih tinggi iaitu RM67.2 juta. Read more : Metro News Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |